Selepas 2008, Hannah harapkan golongan muda bawa perubahan 


Noel Achariam

Speaker Selangor yang juga Adun Subang Jaya Hannah Yeoh mula menyerta politik pada usia 29 tahun tanpa sebarang pengalaman dalam bidang ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Mac, 2018.

The Malaysian Insight memperingati 10 tahun selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008 yang membuka laluan kepada sistem dua parti di Malaysia. Bagaimana keadaan ketika itu, bagi mereka yang mengalami perubahan politik, di mana mereka sekarang? Speaker Selangor Hannah Yeoh memulakan siri ini.

MENYERTAI pentadbiran awam berikutan keputusan mengejut pengundi yang tidak berpuas hati dengan kerajaan, Hannah Yeoh hanya berusia 29 tahun ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) 10 tahun lalu. 

Mengimbas kembali kempen pada pilihan raya 2008 dan dirinya yang tiada pengalaman, yang kini mencatatkan satu perubahan besar kepada arena politk negara, Speaker Selangor dan wakil rakyat Subang Jaya itu menjadikan penglibatan golongan muda dalam politik dan kepimpinan sebagai salah satu tugas penting beliau. 

Beliau melihat Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan diadkan tidak lama lagi, sangat penting bagi “membawa perubahan kepada negara” berikutan momentum perubahan rejim yang bermula pada dua pilihan raya sebelum ini. 

Pilihan raya 2008 menyaksikan parti pemerintah Barisan Nasional hilang dua pertiga majoriti di Parlimen, mengurangkan undi popular dan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui empat lagi negeri. 

Yeoh berkata, beliau amat teruja untuk melihat kesedaran politik dalam kalangan golongan muda kini. 

“Apa yang berharga ialah apabila anak-anak yang saya lihat pada 2008 kini sedang menyambung pengajian dan ada di antara mereka menyertai program latihan saya dan merupakan pengundi berdaftar. 

“Dalam tempoh 10 tahun lagi, generasi akan datang menjadi dewasa dan mereka akan menerima akibat sekiranya tidak membuat perubahan. Kehidupan akan menjadi lebih sukar untuk mereka. 

“Tugas saya bukan hanya melaksanakannya (membanteras rasuah) tetapi menyediakan generasi akan datang untuk menyempurnakan tugas itu,” katanya kepada The Malaysian Insight pada satu temu bual yang diadakan di Subang Jaya. 

Ibu kepada dua cahaya mata itu kini aktif mendekati golongan muda menerusi pertemuan kumpulan muda di gereja, kolej dan menerusi program latihan yang diadakan di pejabatnya. 

“Program latihan ini merupakan cara yang baik untuk memastikan penglibatan golongan muda. Mereka boleh mempelajari apa yang Adun lakukan dan menggunakan minta mereka dalam cara yang positif untuk menggerakkan negara terus maju ke hadapan.”

Sejajar dengan fokusnya terhadap golongan muda, beliau yang juga seorang peguam berkata ahli politik tidak sepatutnya memegang jawatan terlalu lama dan memberi laluan kepada generasi baharu untuk mengambil alih jawatan itu. 

“Kita tidak boleh fikir ia adalah hak kita. Ia akan menjadi satu masalah apabila mereka (ahli politik) fikir itu adalah hak mereka untuk diberikan kerusi dan kekal dalam politik. 

“Kita di sini untuk memenuhi keperluan rakyat dan sekiranya hali politik tidak mampu melakukannya, mereka perlu memberi laluan. Saya hanya boleh kekal dalam politik selagi rakyat mahukan saya.”

Yeoh yang menjadi wakil rakyat Subang Jaya bagi untuk penggal kedua, memenangi 13,8511 undi pada 2008 dan 28,069 undi pada 2013. 

‘Jika saya berhenti, penyelewengan akan dapat kelebihan’

Yeoh menjadi antara salah seorang ahli politik dalam partinya DAP dikenali ramai berikutan tugasnya di Subang Jaya, penampilannya dalam kalangan belia dan merupakan speaker wanita pertama bagi sidang Dewan Undangan Negeri. 

Katanya, beliau dipengaruh untuk menyertai politik oleh rakannya Edward Ling. Hannah yang juga bekas peguam dan pengurus acara merasakan terdapat keperluan untuk pembangkang yang lebih kuat. 

“Ketika itu, daripada 56 kerusi di Selangor, hanya dua adalah pembangkang di bawah DAP. Jadi, apabila saya diminta bertanding sebagai Adun, saya memilih untuk melakukannya kerana pertama, Subang Jaya adalah tempat asal saya, dan kedua saya sayang tempat ini.  

“Jika kamu dapat lihat sejak 10 tahun lalu, terdapat banyak perubahan yang mana Majis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bebas daripada sebarang skandal, seperti mendapatkan kontrak untuk projek. 

“Kamu tidak pernah dengar DAP mendapat sebarang kontrak di sini. Tiada lagi perkara seperti ini.”

Memulakan kerjaya politik tanpa sebarang pengalaman merupakan kejutan kepada ya yang ketika itu hanya berusia 29 tahun. Beliau ketika itu disifatkan sebagai calon muda yang “baru, tiada pengalaman dan naif”.

“Dalam tempoh 10 tahun lalu, saya menjadi semakin matang dan keyakinan saya untuk menangani masalah semakin baik.

“Pada akhir tempoh penggal pertama, saya mempunyai perasaan untuk tidak mengaku kalah. Banyak lagi yang perlu dilakukan dan sekiranya saya lepas tangan, merkea yang mendapat kelebihan adalah yang terlibat dengan rasuah. 

“Jadi saya tiada masa berfikir untuk berhenti. Saya akan meneruskannya selagi saya diperlukan.” – 8 Mac, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen