SEBANYAK 27 mayat disyaki pendatang Ethiopia ditemui di ibu negara Zambia, Lusaka, dipercayai maut akibat kelaparan dan keletihan, kata polis.
Polis Zambia dalam satu kenyataan semalam berkata kesemua mangsa adalah lelaki berusia antara 20 dan 38 tahun.
Seorang lelaki yang masih hidup dan dalam keadaan lemah serta tercungap-cungap dibawa ke hospital, tambah kenyataan itu.
Menurut polis mayat dilonggokkan di satu kawasan sebelum ditemui orang ramai.
Zambia sering dijadikan sebagai lubuk transit pendatang asing ke Afrika Selatan.
Pada Oktober, sebanyak mayat 30 orang juga disyaki pendatang Ethiopia ditemui di Malawi. – AFP, 12 Disember, 2022.
Komen