UK akan umum sekatan baharu ke atas Rusia


Pakej sekatan baharu United Kingdom dijangka memberi kesan ke atas pegawai dan usahawan Rusia serta entiti undang-undang yang terlibat dalam operasi ketenteraan di Ukraine. – Gambar EPA, 9 Disember, 2022.

KERAJAAN United Kingdom (UK) akan mengumumkan pakej sekatan baharu terhadap Rusia pada Jumaat, lapor Sputnik.

Pakej itu dijangka memberi kesan ke atas individu Rusia terutama pegawai dan usahawan serta entiti undang-undang yang terlibat dalam operasi ketenteraan di Ukraine.

Sekatan baharu itu juga menyasarkan orang yang mempunyai kaitan dengan skim rasuah dan pencabulan hak asasi manusia.

Langkah khas itu juga bertujuan mengetatkan lagi sekatan sedia ada. – Bernama, 9 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen