MALAYSIA mencatatkan 1,616 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan kumulatif jangkitan di negara ini sejak permulaan wabak itu kepada 5,006,855 kes.
Sebanyak empat kematian dilaporkan dengan seorang meninggal dunia di luar hospital.
Perak melaporkan dua kematian diikuti Selangor dan Terengganu masing-masing satu.
Kematian terbaharu meningkatkan jumlah korban kepada 36,742
Selangor mencatatkan 474 kes diikuti Kuala Lumpur (154), Sarawak (145), Pulau Pinang (130), Kedah (104), Melaka (96), Negeri Sembilan (83), Sabah (82), Perak (77), Putrajaya (75). ), Kelantan (51), Pahang (44), Terengganu (42), Johor (30), Labuan (19) dan Perlis (10)
Sejumlah 1,324 pesakit Covid-19 dirawat di hospital, dengan 81 berada di unit rawatan rapi. – 9 Disember, 2022.
Komen