Malaysia catat 1,682 kes baharu Covid-19


Selangor mencatatkan 486 kes baharu Covid-19 diikuti Kuala Lumpur (160), Sarawak (150), Melaka (140). – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Disember, 2022.

MALAYSIA merekodkan 1,682 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah terkumpul jangkitan di negara ini sejak permulaan wabak kepada 5,005,239 juta kes.

Sebanyak 6 kematian dilaporkan semalam dengan Kedah mencatatkan dua kematian, Perak (2), Johor (1), dan Selangor (1).

Kematian terbaharu menjadikan jumlah korban kepada 36,738.

Selangor mencatatkan 486 kes diikuti Kuala Lumpur (160), Sarawak (150), Melaka (140), Pulau Pinang (123), Sabah (115), Kedah (87), Negeri Sembilan (79), Pahang (74), Perak ( 71), Kelantan (66), Putrajaya (45), Johor (37), Terengganu (33), Labuan (11) dan Perlis (5).

Pada masa ini terdapat 1,401 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital dengan 91 berada di unit rawatan rapi. – 8 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen