SEBANYAK 1,649 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, berbanding 1,576 yang dicatat kelmarin, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 5,003,557 kes, menurut data di laman web KKMNow.
Angka harian semalam paling tinggi di Selangor iaitu 530 kes, diikuti Kuala Lumpur dan Sarawak masing-masing 170 kes.

Semalam juga sebanyak 16 kematian akibat Covid-19 direkodkan, menjadikan jumlah kematian kini 36,732 orang sejak pandemik melanda pada Mac 2020, menurut KKM.
Daripada 16 kematian semalam, tujuh di Kedah, Selangor (3), Pahang dan Perak masing-masing dua kes, manakala satu kes masing-masing di Johor dan Sabah.
Sementara itu seramai 1,414 pesakit Covid-19 sedang dirawat di hospital dengan 101 orang ditempatkan di unit rawatan rapi. Daripada jumlah itu, 64 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. – 7 Disember, 2022.
Komen