MALAYSIA mencatatkan 1,576 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan jumlah kumulatif kes sejak permulaan wabak itu kepada 5,001,908.
Tiga kematian berkaitan koronavirus didaftarkan - dua di Johor dan satu di Perak menjadikan jumlah kematian kepada 36,716.
Daripada jumlah jangkitan baharu itu Selangor mencatatkan 637 kes diikuti Kedah (146) dan Sabah (100).
Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kes baharu ialah Kuala Lumpur (99), Melaka (99), Kelantan (96), Pulau Pinang (82), Sarawak (79), Perak (51), Johor (40), Terengganu (39), Negri Sembilan (37), Pahang (29), Putrajaya (29), Labuan (7) dan Perlis (6).
Kes aktif menurun kepada 21,800 selepas 2,278 pesakit sembuh daripada penyakit itu.
Antara kes aktif, 20,198 orang kuarantin di rumah (92.7%) dan 1,504 di hospital (7.3%).
Terdapat 98 pesakit dalam unirrawatan rapi, 69 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 6 Disember, 2022.
Komen