Malaysia catat 5 juta kes Covid-19 dengan 1,502 jangkitan baharu


Ravin Palanisamy

JUMLAH keseluruhan kes Covid-19 melepasi angka 5 juta apabila Malaysia mencatatkan 1,502 jangkitan baharu semalam.

Jumlah kes yang direkodkan di negara ini sejak bermulanya wabak itu kini berjumlah 5,000,332.

Tiga kematian berkaitan coronavirus dilaporkan - masing-masing satu di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Terengganu - menjadikan jumlah kematian di negara ini kepada 36,713.

Daripada jumlah jangkitan baharu Selangor melaporkan paling banyak kes dengan 541, diikuti Kuala Lumpur (160) dan Melaka (111).

Negeri dan wilayah lain yang mencatatkan kes baharu ialah Sabah (102), Kedah (100), Pulau Pinang (92), Perak (74), Sarawak (73), Pahang (46), Kelantan (45), Negeri Sembilan (39), Johor (37), Putrajaya (37), Terengganu (26), Labuan (10) dan Perlis (9).

Kementerian Kesihatan melaporkan 2,093 kes pulih semalam mengurangkan kes aktif di negara ini kepada 22,505.

Antara kes aktif 20,889 orang berada dalam kuarantin rumah (92.8%) dan 1,512 di hospital (7.2%).

Terdapat 104 pesakit dalam unit rawatan rapi, 70 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 5 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen