KKM lapor 1,866 kes baharu Covid-19, 6 kematian


Seramai 102 pesakit Covid-19 ditempatkan di unit rawatan rapi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Disember, 2022.

SEBANYAK 1,866 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, berbanding 2,421 yang dilapor kelmarin, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 4,998,830 kes, menurut data di laman web KKMNow.

Angka harian semalam paling tinggi di Selangor iaitu 634 kes, diikuti Kuala Lumpur (186) dan Sarawak (176).

Manakala Melaka merekodkan 129 kes, Sabah (126),  Pulau Pinang (103), Perak (94), Kedah (80), Negeri Sembilan (74), Putrajaya (63), Pahang (61), Kelantan (48), Johor (33), Terengganu (23), Labuan (23) dan Perlis (13).

Semalam juga sebanyak enam kematian akibat Covid-19 direkodkan, menjadikan jumlah kematian kini 36,710 orang sejak pandemik melanda pada Mac 2020, menurut KKM.

Sementara itu seramai 1,575 pesakit Covid-19 sedang dirawat di hospital dengan 102 orang ditempatkan di unit rawatan rapi. Daripada jumlah itu, 69 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan. – 4 Disember, 2022. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen