5 maut, 2 cedera tapak pembinaan terbakar di China


KEBAKARAN di tapak pembinaan di Bandar Xuzhou, wilayah Jiangsu di timur China, mengorbankan lima orang dan mencederakan dua yang lain, menurut pihak berkuasa tempatan pada Sabtu.

Kebakaran berlaku kira-kira 4.50 petang Jumaat dan api berjaya dipadamkan lima setengah jam kemudian, lapor Xinhua.

Usaha menyelamat yang dijalankan menemukan tujuh orang yang terperangkap di lokasi kebakaran dan dikejarkan ke hospital.

Lima daripadanya meninggal dunia ketika menerima rawatan manakala dua yang lain cedera ringan.

Kerajaan perbandaran Xuzhou telah menubuhkan pasukan penyiasat bagi menyiasat insiden itu. – Bernama, 3 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen