MALAYSIA melaporkan 2,421 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan di seluruh negara kepada 4,996,964 juta sejak permulaan wabak itu.
Sembilan kematian berkaitan koronavirus dilaporkan, dengan tiga diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.
Kematian terbaharu menjadikan angka kepada 36,704.
Selangor menyumbang kebanyakan jangkitan baharu dengan 1,000 kes diikuti Kuala Lumpur (174), Sabah (173), Sarawak (156), Melaka (153), Kedah (135), Pahang (107), Pulau Pinang (102), Perak (85), Kelantan (84), Negeri Sembilan (64), Terengganu (64), Putrajaya (49), Johor (38), Labuan (22) dan Perlis (15).
Kes aktif kini berjumlah 24,053.
Seramai 97 berada di unit rawatan rapi dengan 62 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – 3 Disember, 2022.
Komen