2,375 kes baharu Covid-19 dilaporkan


MALAYSIA melaporkan 2,375 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan di seluruh negara kepada 4,994,543 juta sejak permulaan pandemik.

Sebelas kematian berkaitan koronavirus dilaporkan, dengan dua diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.

Ia menjadikan jumlah terbaharu menjadikan angka sebanyak 36,695.

Selangor menyumbang kebanyakan jangkitan baharu dengan 596 diikuti Kuala Lumpur (254), Kedah (238), Sarawak (176), Sabah (168), Melaka (160), Pulau Pinang (133), Kelantan (131), Pahang (107), Perak (107), Negeri Sembilan (93), Putrajaya (75), Terengganu (73), Johor (43), Labuan (16) dan Perlis (5).

Kes aktif kini berjumlah 24,467.

Pada masa ini terdapat 1,739 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital di seluruh negara dengan 91 berada di unit rawatan rapi dan 57 memerlukan bantuan pernafasan. – 1 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen