Bekas presiden AS Bill Clinton positif Covid-19


Bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton disahkan positif Covid-19.– Gambar EPA, 1 Disember, 2022.

BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS) Bill Clinton disahkan positif Covid-19 pada Rabu.

Clinton, 76, menerusi ciapan di Twitter memaklumkan bahawa beliau hanya mengalami “gejala ringan”, lapor Xinhua.

Beliau menggesa “orang ramai untuk mendapatkan suntikan penggalak vaksin Covid-19, terutamanya musim sejuk bakal tiba”. – Bernama, 1 Disember, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen