SEBANYAK 17 kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan semalam, enam daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID), lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Ini menjadikan jumlah kematian kini 36,684 orang sejak pandemik melanda pada Mac 2020, menurut data kementerian itu di laman web CovidNow.
KKM juga melaporkan 1,737 kes baharu Covid-19, naik sedikit berbanding 1,672 yang dicatat kelmarin.
Angka harian semalam paling tinggi di Selangor iaitu 367 kes, diikuti Kuala Lumpur (193) dan Sarawak (166).

Sebanyak 24,960 kes aktif dicatatkan semalam.
Sementara itu seramai 1,848 pesakit Covid-19 sedang dirawat di hospital dengan 94 orang ditempatkan di unit rawatan rapi. Daripada jumlah itu, 57 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan. – 1 Disember, 2022.
Komen