Pekerja kereta api Belgium mogok minggu depan


Pekerja kereta api di Belgium akan melancarkan mogok selama beberapa hari minggu depan.– Gambar Youtube, 28 November, 2022.

PEKERJA kereta api di Belgium akan melancarkan mogok selama beberapa hari minggu depan sebagai sebahagian daripada kempen yang diketuai oleh kesatuan yang menuntut pelaburan kerajaan lebih besar dalam rangkaian.

Hanya satu kereta api akan beroperasi pada Selasa berikutan tindakan itu, kata pengendali kereta api Belgium SNCB berkata dalam satu kenyataan.

Perkhidmatan di beberapa wilayah akan dihentikan sepenuhnya menurut laporan media.

Mogok 48 jam oleh pemandu kereta api pada hari Rabu dan Khamis akan menjejaskan lagi perkhidmatan.

Pekerja kereta api di Belgium kerap mengecam keadaan kerja mereka yang semakin teruk dan menggesa pelaburan kerajaan yang lebih besar. – AFP, 28 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen