Orang nombor 2 MCA tak layak berdebat dengan saya, kata Guan Eng


Looi Sue-Chern

Lim Guan Eng berkata hanya Presiden MCA Liow Tiong Lai yang layak berbuat demikian. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Mac, 2018.

LIM Guan Eng hari ini memberitahu Timbalan Presiden MCA Dr Wee Ka Siong yang mengkritik dan mempersoal projek terowong dasar laut dan lebuh raya Pulau Pinang bahawa belaiu tidak layak untuk mencabarnya berdebat.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP itu berkata hanya orang nombor satu MCA, iaitu Liow Tiong Lai yang layak berbuat demikian.

“Sama seperti (bekas presiden MCA) Dr Chua Soi Lek telah mencabar saya untuk berdebat, Liow sebagai presiden MCA yang layak mencabar saya untuk berdebat, bukan hanya berkenaan terowong, juga skandal kleptokrasi global 1Malasyia Development Berhad.

“Dr Chua faham logik mudah ini, kenapa Wee tak boleh? Sekurang-kurangnya dia patut sedar diri yang dia bukan pemimpin tertinggi dan perlu hormat Liow sebagai presiden.

“Wee ingat dia lebih besar dari presiden parti?” kata Lim dalam satu kenyataan.

Wee yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah mencabar Lim untuk berdebat mengenai projek Pulau Pinang yang kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah .

Pemimpin MCA itu berkata sekiranya Lim tidak berpuas hati dengannya, lebih elok Ketua Menteri Pulau Pinang itu berdebat secara terbuka dengannya mengenai projek itu daripada memanggilya “manusia keji” melalui kenyataan akhbar.

Menurut Wee, Lim harus mengakui kerajaan negeri telah mempercayai sebuah syarikat yang baru dan tidak layak untuk membina projek bernilai berbilion ringgit itu. – 6 Mac, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Jgn la sombong sgt debat jelah dgn Wee Ka Tong tu masa diaorg dlm kabinet pun dh x lama

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan