Ekonomi baik atau buruk, soal ahli Parlimen Shah Alam


Chan Kok Leong

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata pertumbuhan KDNK tidak memberi faedah kepada semua orang dan hanya bermanfaat kepada sektor tertentu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Mac, 2018.

TANGGAPAN bahawa ekonomi dalam keadaan baik atau sebaliknya menjadi subjek perbahasan antara Menteri Kewangan II Johari Abdul Ghani (Titiwangsa-BN) dan Khalid Samad (Shah Alam-Amanah) di Dewan Rakyat hari ini.

“Adakah ia masih isu persepsi (pertumbuhan ekonomi tidak dinikmati semua rakyat), jika kerajaan terpaksa memperkenalkan begitu banyak inisiatif untuk membantu meringankan beban akibat kenaikan kos sara hidup rakyat?,” soal Khalid pada sesi soal jawab.

Khalid berkata tindakan kerajaan memberi bantuan wang tunai tidak menyelesaikan masalah sebenar kerana golongan miskin masih sengsara akibat sistem cukai yang tidak membezakan antara golongan miskin dan kaya.

“Ya, ada pertumbuhan KDNK tetapi ia tidak memberi faedah kepada semua orang. Ia hanya bermanfaat kepada sektor tertentu,” kata Khalid.

Terdahulu, Johari menyenaraikan langkah kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia termasuk pemberian BR1M, subsidi petrol kepada nelayan dan inisiatif latihan semula, kepada Abd Latiff Ahmad (Mersing-BN).

Johari berkata pertumbuhan lebih perlahan dalam sektor jualan tidak menggambarkan keseluruhan keadaan kerana ia tidak mengambil kira faktor lain.

“Sektor jualan bukan berdasarkan jualan semata-mata. Pada 2016, terdapat 60,000 peniaga tetapi 2017 ada 73,000. Ini menyebabkan mereka terpaksa saling memotong pasaran masing-masing, maka kuranglah jualan,” katanya. – 6 Mac, 2018.

Baca berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen