KES harian Covid-19 di China mencecah rekod tertinggi sejak permulaan pendemik mengikut data rasmi pada Khasmi, ketika negara itu berusaha untuk mengekang penularan dengan sekatan pergerakan, ujian besar-besaran dan sekatan perjalanan.
China merekodkan 31,454 kes domestik—27,517 tanpa gejala—pada Rabu, kata Biro Kesihatan Kebangsaan.
Jumlahnya agak kecil jika dibandingkan dengan populasi besar China iaitu 1.4 bilion.
Tetapi di bawah dasar ketat sifar-Covid Beijing, walaupun bilangan kecil boleh membawa kepada penutupan seluruh bandar dan menyebabkan kontak pesakit yang dijangkiti menjalani kuarantin yang ketat.
Dasar yang berterusan itu menyebabkan kelesuan dan kebencian di kalangan sebahagian besar penduduk ketika pandemik menghampiri tahun ketiga, mencetuskan protes sporadis dan menjejaskan produktiviti dalam ekonomi kedua terbesar di dunia itu.
Angka Rabu melebihi 29,390 jangkitan yang dicatatkan pada pertengahan April ketika kota besar Shanghai dikenakan perintah sekatan pergerakan, dengan penduduk bergelut untuk membeli makanan dan mendapatkan rawatan perubatan. – AFP, 24 November, 2022.
Komen