PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Wan Ahmad Najmuddin mahu menuntut semula wangnya yang dirampas oleh pihak berkuasa Australia tetapi merasakan proses itu akan menyebabkan beliau menanggung kos lebih tinggi, kata Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun.
“
Beliau berkata Wan Ahmad bagaimanapun belum mengambil langkah selanjutnya untuk menuntut semula wangnya.
Sydney Morning Herald dalam laporannya pada 2 Mac berkata Wan Ahmad tidak cuba untuk menuntut wang itu semula, berkata tindakan mahkamah terlalu mahal. Beliau juga menafikan sebarang salah laku.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap Wan Ahmad selepas seorang pemberi maklumat membuat laporan dengan suruhanjaya itu semalam.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM Azam Baki memberitahu theSun bahawa pengadu berkenaan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, maka identiti individu berkenaan tidak boleh didedahkan.
Azam berkata pegawai penyiasat SPRM akan ke ibu pejabat polis Bukit Aman dan bekerjasama dengan polis Australia bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kes itu.
Dua hari lalu, Azam berkata SPRM tidak akan melancarkan siasatannya kecuali ada laporan yang menyokong dengan bukti mencukupi berhubung salah laku atau salah guna kuasa dilaporkan oleh mana-mana individu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low yang bertanggungjawab memantau kegiatan anti rasuah di negara ini berkata SPRM perlu menyiasat kes itu.
Fuzi dalam satu kenyataan pada 3 Mac berkata wang $320,000 (RM970,000) yang dirampas pihak berkuasa Australia kerana disyaki hasil pengubahan wang haram, adalah hasil penjualan rumahnya di Shah Alam bernilai RM700,000.
“Wang itu diberikan kepada rakan rapat untuk memasukkan wang tunai ke akaun banknya di Australia.
“Wan Ahmad sudah memberikan semua dokumen yang diperlukan untuk membuktikan sumber wang itu,” kata Fuzi dalam kenyataan berkenaan. – 6 Mac, 2018.
Komen