Keengganan polis beri keterangan boleh sebabkan siasatan kes Pastor Koh ditutup


Noel Achariam

Dalam penghujahan lisan pagi tadi, peguam Gurdial Singh Nijar yang mewakili keluarga Pastor Raymond Koh berkata siasatan ke atas kehilangan Koh perlu diteruskan walaupun polis mengarahkan supaya prosiding itu dihentikan pada 16 Januari lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Mac, 2018.

KEENGGANAN tiga pemerhati polis untuk memberi keterangan dalam siasatan awam Suruhajaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) terhadap penculikan Pastor Raymond Koh menunjukkan pihak berkuasa mempunyai niat untuk menghalang kebenaran tentang misteri kehilangannnya, kata peguam keluarga Koh.

Dalam penghujahan lisan pagi tadi, peguam Gurdial Singh Nijar berkata siasatan ke atas kehilangan Koh perlu diteruskan walaupun polis mengarahkan supaya prosiding itu dihentikan pada 16 Januari lalu.

Siasatan itu digantung selepas polis berkata mereka menuduh pemandu Uber sambilan Lam Chang Nam menculik Koh.

Pegawai Suhakam, Joshua Ericson hari ini berkata masih ada empat lagi saksi, termasuk tiga pemerhati polis yang belum dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes Koh.

Kata Joshua, ketiga-tiga pemerhati polis itu telahpun dipanggil untuk mengemukakan hujah lisan mereka tetapi mengatakan tidak akan hadir selepas dinasihati Pejabat Peguam Negara.

Menurut peguam keluarga Koh, pihak polis berkewajipan menghadiri siasatan dan memberi penerangan tentang bukti yang mereka ada mengenai Lam yang disyaki penculik Koh.

“Ketiadaan mereka seolah-olah kerajaan atau polis cuba menyekat siasatan ini,” memberitahu panel.

Ericson berkata pegawai-pegawai polis itu mungkin mencabar perintah untuk menghadiri siasatan.

“Jika kita memanggil mereka dan mereka mencabar dan menghentikannya maka ia akan menangguhkan siasatan jika ia diteruskan,” katanya.

“(Tetapi) jika kita teruskan, perlukah panel membuat keputusan berdasarkan apa yang siasatan perolehi setakat ini (kes Koh)?”

Gurdial berkata siasatan itu mempunyai kuasa untuk memanggil sesiapa sahaja di negara ini untuk memberi keterangan dan menggesa panel membuat laporan polis terhadap tiga pemerhati polis tersebut sekiranya mereka tidak hadir.

Beliau berkata tiga pemerhati polis yang gagal menghadiri siasatan melanggar Seksyen 174 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara dan denda.

Pesuruhjaya Suhakam, Mah Weng Kwai sebelum ini berkata pihak polis menerusi sepucuk surat bertarikh 6 Februri menyatakan bahawa atas nasihat Pejabat Peguam Negara, mereka tidak akan memfailkan hujah bertulis (berkenaan penggantungan kes).

Pihak polis menggunakan Seksyen 12 (3) Akta Suhakam 1999, yang menyatakan bahawa jika subjek siasatan didengar di mahkamah, suruhanjaya hendaklah dengan segera menghentikan siasatan itu. 

Keluarga Koh bagaimanapun meminta agar siasatan diteruskan dan peguam mereka, Gurdial Singh Nijar berkata perkara itu berbeza daripada apa yang berlaku sebelum siasatan.

Walaupun mahkamah mendengar perbicaraan pendakwaan penculikan, siasatannya adalah untuk menentukan sama ada kehilangan Koh disebabkan oleh kehilangan paksaan yang dilakukan pihak berkuasa.

Gurdial akan mengemukakan kepada suruhanjaya hari ini mengapa siasatan itu perlu diteruskan.

Koh diculik di Petaling Jaya pada 13 Februari tahun lalu oleh kira-kira 15 lelaki dalam tiga SUV hitam.

Keluarganya adalah isteri Susanna Liew, anak lelaki Jonathan, 33, dan anak perempuan Esther, 32, dan Elizabeth, 22.

Panel diketuai oleh Mah, termasuk dua peusurhjaya lain iaitu Aisah Bidin dan Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleha. – 6 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen