KERETAKAN dalam Umno Sepanggar semakin jelas terlihat apabila sayap Pemuda bahagian itu mempersoalkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan kerana “kurang hormat” kepada penyandang kerusi Parlimen itu, Jumat Idris.
Rahman pada masa ini ahli Parlimen Kota Belud dikhabarkan akan bertanding di kerusi Sepanggar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi menggantikan Jumat, yang digantung oleh Umno pada 2015.
Rahman didakwa mengadakan program di kawasan itu tanpa menjemput Jumat dan tindakan itu dipertikaikan oleh ahli Pemuda, Ramlan Awal dalam satu posting di akaun Facebook Pemuda Umno Sepanggar.
“Apa kaitannya ahli Parlimen Umno dengan jawatan menteri merancang langkah politiknya dan membelakangkan ahli Umno yang lain (Jumat Idris),” katanya dalam satu posting semalam.
“Semua program yang dijalankan di Sepanggar (diadakan) tanpa jemputan dan kehadiran ahli Parlimen Sepanggar yang sebenar.”
Jumat digantung susulan kritikannya terhadap Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan kerana mempersoalkan pelantikan Ketua Menteri Sabah Musa Aman.
Jumat antara lapan ketua bahagian Umno yang bertemu dengan Presiden Umno dan Perdana Menteri Najib Razak pada Julai 2014 untuk membincangkan kepimpinan Musa.
Difahamkan, ketika kunjungan Najib ke Sabah minggu lalu, satu mesyuarat diadakan untuk mengumpul pandangan ahli Umno bahagian berhubung pencalonan Rahman dan Jumat.
Pada 25 Februari, Rahman menafikan kehadirannya di beberapa program di kawasan itu dan pengumuman peruntukan pembangunan untuk Sepanggar tidak ada kaitan dengan cubaannya mahu bertanding di kawasan pilihan raya itu.
Katanya, beliau mahu membangunkan Sepanggar selaras dengan portfolionya sebagai menteri bertanggungjawab di Unit Perancang Ekonomi.
Jumat dikhabarkan akan menyertai pembangkang negeri itu, Parti Warisan Sabah diketuai rakannya yang juga bekas pemimpin Umno, Shafie Apdal. Beliau bagaimanapun, menafikan dakwaan itu dan berkata akan kekal bersama Barisan Nasional.
Tetapi cakap-cakap di bahagian akar umbi menyatakan pengikut setia Jumat mungkin mengundi pembangkang jika Rahman menggantikannya sebagai calon. – 6 Mac, 2018.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan
Berita
Seksyen
Khabar pencalonan Rahman Dahlan retakkan Umno Sepanggar
Jason SantosDikemaskini kira kira 2 jam yang lalu · Diterbitkan pada 6 Mar 2018 10:58AM · 1 komen
LagiA
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan didakwa kurang menghormati Ahli Parlimen Sepanggar Jumat Idris dengan mengadakan program di kawasan selepas dikhabarkan akan bertanding di kerusi itu pada PRU14. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Mac, 2018.
KERETAKAN dalam Umno Sepanggar semakin jelas terlihat apabila sayap Pemuda bahagian itu mempersoalkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan kerana “kurang hormat” kepada penyandang kerusi Parlimen itu, Jumat Idris.
Rahman pada masa ini ahli Parlimen Kota Belud dikhabarkan akan bertanding di kerusi Sepanggar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi menggantikan Jumat, yang digantung oleh Umno pada 2015.
"Rahman didakwa mengadakan program di kawasan itu tanpa menjemput Jumat dan tindakan itu dipertikaikan oleh ahli Pemuda, Ramlan Awal dalam satu posting di akaun Facebook Pemuda Umno Sepanggar."
Asik ambik irg luar jd pemimoin te.oatan bila nak dapat peluang.. jadi lawan jgn tak.lawan
.pertahankan hak anda..jgn dibiar mereka memijak anda walaupunn mereka ini menteri persekutuan..
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Ujang Mohd · Ulasan