Perikatan yakin bentuk kerajaan


Diyana Ibrahim

Selepas menguasai Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata partinya akan membincangkan tentang pembentukan kabinet dengan rakan komponen Perikatan Nasional. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 19 November, 2022.

PERIKATAN Nasional (PN) yakin dapat bentuk kerajaan berdasarkan keputusan awal menyaksikan penguasaan parti gabungan itu di empat negeri, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata pihaknya akan membincangkan tentang pembentukan kabinet dengan rakan komponen mereka.

“Kita yakin dapat bentuk kerajaan berdasarkan keputusan awal yang kita dapat, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat, di Kuala Lumpur.

Terdahulu PN mengumumkan mereka menyapu bersih semua kerusi Parlimen di Terengganu.

PN juga dilaporkan mengukuhkan penguasaannya di Kelantan dan Kedah. – 19 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen