Muhyiddin menang Pagoh dengan majoriti bertambah


Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin yassin berjaya pertahankan kerusi Parlimen Pagoh yang disandangnya sejak 1978, kali ini dengan majoriti lebih tinggi berbanding PRU 2018. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 November, 2022.

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dengan majoriti yang lebih baik.

Dengan undi sebanyak 24,986, beliau menang kerusi itu untuk penggal kesembilan dengan majoriti 10,007. Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Muhyiddin menang dengan majoriti 6,927 undi.

Muhyiddin mengalahkan calon Pakatan Harapan Iskandar Shah yang mendapat 14,979 undi manakala calon Barisan Nasional (BN) Razali Ibrahim di tempat ketiga dengan 14,426 undi.

Muhyiddin wakil rakyat di Pagoh sejak 1978. Beliau tidak mewakili kerusi antara 1986 dan 1995 kerana menjadi menteri besar Johor. – 19 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen