PEMANTAU pilihan raya mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya membenarkan pemimpin parti masuk ke pusat pengundian dengan memakai pakaian dengan simbol parti.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mempersoalkan perkara itu selepas tular gambar pemimpin PAS Abdul Hadi Awang dan juga dari Umno Ahmad Said memakai lambang parti di pusat mengundi.
Selain itu media turut melaporkan calon PN Kamaruddin Jaafar bagi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak juga memakai baju memaparkan logo gabungan itu ketika di pusat mengundi.
Kesemua Abdul Hadi, Ahmad dan Kamaruddin sudah banyak kali menyertai proses pilihan raya sebagai calon.
Pengerusi Bersih Thomas Fann berkata tindakan dua pemimpin politik itu satu kesalahan dan SPR sepatutnya mengambil tindakan tidak membenarkan mereka masuk ke kawasan pengundian.
“Ini terus terang satu kesalahan kalau mereka memakai baju yang ada atau menyerupai lambang parti dalam kawasan pusat mengundi.
“Sepatutnya SPR ambil tindakan dengan tidak membenarkan masuk,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Katanya lagi, SPR sepatutnya tidak bersikap berat sebelah melaksanakan peraturan hanya kepada rakyat biasa namun menutup mata apabila ia dilakukan pemimpin.
Hadi yang menjadi calon PAS bagi kerusi Parlimen Marang dirakam memasuki pusat pengundian hari ini dengan memakai baju yang tertera lambang bulan.
Hadi hadir bersama isternya Seri Zainab Awang Ngah dan anaknya yang juga Adun Batu Buruk Muhammad Khalil yang mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila pada pagi tadi
Ahmad Said yang merupakan calon kerusi Parlimen Kemaman dirakam memakai kemeja berwarna biru dengan lambang BN ketika mengundi di Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong, Kijal.
Selain itu media turut melaporkan calon PN Kamaruddin Jaafar bagi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak juga memakai baju memaparkan logo gabungan itu ketika di pusat mengundi.
Kesemua Abdul Hadi, Ahmad dan Kamaruddin sudah banyak kali menyertai proses pilihan raya sebagai calon.
SPR semalam mengingatkan semua pengundi, calon serta petugas tidak mempamer nama, lambang atau gambar parti atau calon bertanding sewaktu berada di pusat pengundian.
Beliau berkata ini termasuk pemakaian baju, topi, pelitup muka dan bahan yang mempunyai imej atau apa-apa bahan kempen cenderung kepada mana-mana parti. – 19 November, 2022.
Komen