UCAPAN kebencian tidak pernah menjadi penyelesaian kepada masalah rakyat, termasuk gaji rendah, kos sara hidup tinggi, dan kekurangan peluang sama rata, kata Lim Guan Eng.
Pengerusi DAP itu berkata ini terbukti apabila Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menambah naratif perkauman dan ekstremis PAS dengan menimbulkan ketakutan di kalangan pengundi Islam terhadap konspirasi yang dipimpin oleh Yahudi dan Kristian.
“Pilihan raya esok akan menyaksikan pertandingan antara PN dan Barisan Nasional (BN) menggunakan ucapan kebencian sebagai senjata untuk menakut-nakutkan dan harapan masa depan yang lebih baik diilhamkan oleh Pakatan Harapan (PH).
“Apa yang rakyat mahu ialah kerajaan mereka menghormati Perlembagaan Persekutuan dan menghormati rakyat,” kata Lim dalam satu kenyataan.
Semalam, dalam klip yang tular di media sosial, Muhyiddin dilihat memberitahu penonton supaya tidak memilih BN dan tidak memangkah PH (untuk pilihan raya esok).
“Ia bahaya. PH bahaya. Sebelum ini, saya terbaca ada video sekumpulan orang Yahudi bercakap tentang Malaysia,” kata pengerusi PN itu.
“Mereka berdoa supaya Malaysia jatuh ke tangan pembangkang, yang menaja Yahudi dan Kristian.
“Nampaknya, mereka sudah masuk agama Kristian. Adakah ini proses Kristianisasi?” – 18 November, 2022.
Komen