KKM lapor 3,457 kes baharu Covid-19, 9 kematian


Seramai 1,970 pesakit Covid-19 sedang dirawat di hospital dengan 89 orang ditempatkan di unit rawatan rapi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 November, 2022.

SEBANYAK 3,457 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, naik sedikit berbanding 3,304 kes yang dilapor kelmarin, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 4,960,179 kes, menurut data di laman web KKMNow.

Angka harian semalam paling tinggi di Selangor iaitu 1,187 kes, diikuti Kuala Lumpur (322) dan Sabah (266).

Semalam juga sembilan kematian akibat Covid-19 direkodkan, menjadikan jumlah kematian kini 36,583 orang sejak pandemik melanda pada Mac 2020, menurut KKM.

Sementara itu seramai 1,970 pesakit Covid-19 sedang dirawat di hospital dengan 89 orang ditempatkan di unit rawatan rapi. Daripada jumlah itu, 46 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan. – 18 November, 2022. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen