SEBANYAK 2,852 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, berbanding 1,749 kes yang dilapor kelmarin, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 4,953,418 kes, menurut data KKM di laman web CovidNow.
Angka harian semalam paling tinggi di Selangor iaitu 936 kes, diikuti Kuala Lumpur (316) dan Sabah (212).

Semalam juga12 kematian akibat Covid-19 direkodkan, menjadikan jumlah kematian kini 36,566 orang sejak pandemik melanda pada Mac 2020, menurut KKM.
Sementara itu seramai 1,848 pesakit Covid-19 sedang dirawat di hospital dengan 97 orang ditempatkan di unit rawatan rapi. Daripada jumlah itu, 26 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan. – 16 November, 2022.
Komen