KKM lapor 1,749 kes baharu Covid-19, 6 kematian


Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara kini mencecah 4.95 juta kes sejak pandemik melanda pada Mac 2020. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 November, 2022.

KES baharu Covid-19 terus catat penurunan dengan 1,749 kes direkodkan semalam, berbanding 2,234 dilapor kelmarin, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 4.95 juta kes, menurut data KKM di laman web CovidNow.

Angka harian semalam paling tinggi di Selangor iaitu 538 kes, diikuti Kuala Lumpur (188) dan Sabah (133).

Manakala di Kedah sebanyak 121 kes direkodkan, Putrajaya (115), Melaka (86), Negeri Sembilan (78) Perak (70), Penang (70), Johor (68), Pahang (67), Sarawak (56), Terengganu (56), Kelantan (53), Labuan (9) dan Perlis (5).

Semalam juga enam kematian akibat Covid-19 direkodkan, menjadikan jumlah kematian kini 36,554 orang sejak pandemik melanda pada Mac 2020, menurut KKM.

Sementara itu seramai 1,866 pesakit Covid-19 sedang dirawat di hospital dengan 89 orang ditempatkan di unit rawatan rapi. Daripada jumlah itu, 54 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan. – 15 November, 2022.   


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen