NATASA Pirc Musar, peguam yang dikaitkan dengan bekas wanita pertama Amerika Syarikat (AS) Melania Trump, dipilih sebagai presiden Slovenia.
AFP melaporkan calon bebas yang memperoleh sokongan gabungan pemerintah itu mencipta sejarah sebagai presiden wanita pertama Slovenia selepas menewaskan eteran politik konservatif yang juga bekas menteri luar negeri Andze Logar dalam pilihan raya presiden semalam.
Menurut suruhanjaya pilihan raya, Pirc Musar memperoleh hampir 54% undian, mendahului Logar yang memperoleh 46% undi.
Bekas penyampai televisyen yang kini bertugas sebagai seorang peguam hak asasi manusia itu menggantikan bekas presiden Borut Pahor yang berkhidmat selama dua penggal.
Pirc Musar, 54, sebelum ini diupah oleh Melania untuk menghalang syarikat yang cuba memperdagangkan produk menggunakan nama isteri DonaldTrump yang ketika itu presiden AS. – AFP, 14 November, 2022.
Komen