SEBANYAK 2,882 kes baharu direkodkan semalam, turun sedikit berbanding 3,386 kes yang dicatat kelmarin, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 4,946,583 kes, menurut data KKM di laman web CovidNow.
Angka harian semalam paling tinggi di Selangor iaitu 1,240 kes, diikuti Sabah (257) dan Kuala Lumpur, (227).

Semalam juga sembilan kematian akibat Covid-19 direkodkan, menjadikan jumlah kematian kini 36,546 sejak pandemik melanda pada Mac 2020, menurut KKM.
Sementara itu seramai 1,780 pesakit Covid-19 sedang dirawat di hospital dengan 84 orang ditempatkan di rawatan rapi. Daripada jumlah itu, 62 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan. – 13 November, 2022.
Komen