Anwar dakwa tentera kurang peluru untuk latihan


Desmond Davidson

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim ketika mengadakan kempen di Kuching, Sarawak hari ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 12 November, 2022.

SELEPAS mendakwa anggota tentera di Bera dibayar untuk membuang undi awal, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim kini mendakwa wang yang diperuntukkan kepada tentera dirompak menyebabkan tentera tidak mempunyai peluru mencukupi untuk latihan.

“Latihan menembak peluru tidak cukup, wang tidak ada,” katanya ketika persinggahan singkatnya di Kuching petang ini dalam kempen di Sarawak dan Sabah.

Beliau berkata “wang itu telah dirompak oleh pemimpin”.

Anwar berkata mereka juga terpaksa membeli pakaian seragam mereka kerana wang untuk pakaian seragam tidak ada. – 12 November, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen