PARTI komponen Pakatan Harapan Bersatu dan Amanah dijangka akan bertanding di tujuh kerusi negeri di negeri yang diterajui pembangkang, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke 14.
Bersatu yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad akan bertanding di empat kerusi manakala Amanah, parti paling kecil dalam PH, akan bertanding di tiga kerusi.
Sumber dari Bersatu berkata parti itu akan diberi kerusi Penaga dan Bertam di Kepala Batas, Permatang Berangan di Tasek Gelugor dan Teluk Bahang di Balik Pulau untuk ditandingi.
Kesemua kerusi berkenaan kini disandang oleh Umno, Barisan Nasional.
Pada pilihan raya umum 2013, Penaga, Bertam dan Permatang Berangan dimenangi oleh BN dengan majoriti undi kurang daripada 1,700. Teluk Bahang dimenangi dengan majoriti 801 undi.
Sementara parti pecahan PAS, Amanah akan bertanding di kawasan PAS, Permatang Pasir dan kerusi yang disandang oleh BN Sungai Dua di Tasek Gelugor dan Bayan Lepas di Balik Pulau.
Permatang Pasir dipegang oleh PAS sejak 1999. Pada pilihan raya terakhir sebelum ini, PAS mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 6,826 undi.
Di Sungai Dua dan Bayan Lepas, Umno BN mengekalkan kerusi pada 2013 dengan majoriti tipis masing-masing 357 dan 458.
Kedua-dua Bersatu dan Amanah mengintai 10 kerusi yang disandang BN yang mana gagal dimenangi PAS dan PKR pada pilihan raya sebelum ini.
Bagaimanapun, parti komponen PH, PKR juga mahu bertanding di enam kerusi yang sebelum ini tewas kepada BN.
Permintaan yang bertindih menghalang rundingan kerusi di Pulau Pinang, menyebabkan kepimpinan PH negeri menyerahkan kepada majlis presiden pakatan.
PKR mampu mengekalkan empat daripada enam kerusi - Pulau Betong di Balik Pulau, Pinang Tunggal di Kepala Batas, Telok Air Tawar di Tasek Gelugor dan Sungai Acheh di Nibong Tebal.
Pulau Betong dan Telok Air Tawar kekal dengan majoriti tipis masing-masing 395 dan 840 undi pada pilihan raya 2013. Sungai Acheh, yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru dengan PAS yang turut bertanding ketika itu, dimenangi dengan majoriti 808 undi.
BN memenangi kerusi Pinang Tunggal dengan majoriti 1,588 undi.
Keseluruhannya, PKR akan menandingi 14 kerusi negeri di Pulau Pinang, termasuk 10 kerusi yang dipegang kini.
Sementara itu, DAP yang mengetuai kerajaan negeri PH, akan mempertahankan kesemua 19 kerusi yang disandang sejak pilihan raya umum 2008. DAP tidak meminta untuk menambah kerusi.
Sumber itu berkata, bahagian di 40 kerusi Pulau Pinang adalah “lebih atau kurang”.
“Kini terpulang kepada pengesahan majlis presiden PH,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Pada Jumaat, Presiden PH Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerusi Pulau Pinang telah selesai namun tidak menyatakan bila pengumuman rasmi akan dibuat.
Katanya, perkara itu akan diuruskan oleh majlis presiden PH.
PH Pulau Pinang kini mengadakan program Jelajah Pakatan Harapan di George Town pada 11 Mac, yang dijangka pengumuman itu akan dibuat. – 4 Mac, 2018.
Komen