NEGARA mencatatkan 3,267 kes baharu Covid-19 berbanding 4,026 kes pulih semalam, mengurangkan kes aktif kepada 34,829, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Jangkitan baharu ini menjadikan jumlah kes terkumpul negara sejak pandemik melanda kepada 4,937,020.
Sepuluh kematian angkara Covid dilaporkan semalam, menjadikan jumlah maut kepada 36,514.
Tiga kematian dilaporkan di Sabah, masing-masing dua di Johor dan Kedah manakala Perak, Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing satu.

Selangor mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 1,267, diikuti Kuala Lumpur (322) dan Perak (216).
Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kes baharu ialah Melaka (185), Sabah (173), Kelantan (161), Kedah (157), Putrajaya (146), Pulau Pinang (145), Sarawak (132), Pahang (112), Negeri Sembilan (99), Johor (68), Terengganu (55), Labuan (24) dan Perlis (5).
Antara kes aktif, 33,103 atau 95 peratus pesakit kuarantin di rumah dan selebihnya 1,635 (5%) di hospital.
Terdapat 91 pesakit di unit rawatan rapi (ICU), yang mana 63 daripada mereka menggunakan alat bantuan pernafasan. – 10 November, 2022.
Komen