Negeri Sembilan turut isytihar cuti umum 18 November


Ravin Palanisamy

NEGERI Sembilan menyusul selepas Selangor mengisytiharkan cuti umum pada 18 November ini, sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membolehkan pengundi pulang ke negeri masing-masing untuk mengundi.

Setiausaha kerajaan negeri Razali Abdul Malik mengesahkan perkara itu menerusi satu kenyataan hari ini.

“Cuti ini adalah untuk menggalakkan rakyat Negeri Sembilan membuat persediaan dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU15 19 November ini,” katanya.

Awal hari ini Selangor mengisytiharkan 18 November sebagai hari kelepasan am negeri bagi membolehkan warga luar bandar pulang ke negeri masing-masing untuk mengundi.

Kedua-duanya Negeri Sembilan dan Selangor merupakan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Pulau Pinang, negeri lain di bawah PH belum membuat sebarang keputusan lagi.

Ketiga-tiga negeri itu tidak akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya persekutuan kerana mahu bersiap sedia berdepan musim tengkujuh.

Semalam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan mengkaji cadangan mengisytiharkan cuti umum khas pada 18 November ini. – 9 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen