Malindo Air sahkan insiden penumpang berbogel


Diyana Ibrahim

Syarikat penerbangan itu yang memuat naik kenyataan di laman Facebook berkata lelaki itu ditahan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi menghalang gangguan berterusan ke atas krew kapal dan penumpang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Mac, 2018.

MALINDO Air mengesahkan penahanan seorang penumpangnya yang didakwa berbogel dan menganggu anak kapal semasa penerbangan ke Dhaka, India semalam.

Syarikat penerbangan itu yang memuat naik kenyataan di laman Facebook berkata penahanan lelaki tersebut mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi menghalang gangguan berterusan ke atas krew kapal dan penumpang.

“Berhubung kes mengenai gangguan seorang penumpang kapal 06162 di Dhaka pada 3 Mac, anak kapal telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” kata Malindo Air di laman Facebook mereka sebenar tadi.

Malindo Air berkata penumpang bermasalah itu dibawa oleh pasukan keselamatan ketibaan Dhaka dan dan kini ditahan di penjara kerana kesalahannya. 

“Syarikat penerbangan akan terus berhati-hati untuk memastikan keselamatan penumpang.

Sebelum ini saksi kejadian memberitahu The Malaysian Insight penumpang warganegara Bangladesh itu berbogel dan menonton video lucah di tempat duduknya.

Namun, setelah ditegur oleh anak kapal, penumpang itu pada mulanya akur dan mengikut arahan dengan memakai baju semula.

“Selepas kapal berada dalam ketinggian 36,000 kaki, lelaki itu pergi ke bilik air dan bertindak memeluk seorang pramugari.”

Kata saksi tersebut, penumpang itu menjadi agresif apabila ditegur hingga memaksa anak kapal menahannya. – 4 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen