Kes aktif Covid-19 naik semula dengan 3,781 kes baharu 


Ravin Palanisamy

Kes aktif Covid-19 kini berjumlah 35,457, manakala kes baharu menjadikan keseluruhan jangkitan sejak permulaan wabak kepada 4,933,753. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 November, 2022.

JUMLAH kes aktif Covid-19 meningkat semalam selepas Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 3,781 jangkitan baharu berbanding 2,979 yang pulih.

Kes aktif kini berjumlah 35,457, manakala kes baharu menjadikan keseluruhan jangkitan sejak permulaan wabak kepada 4,933,753.

Sebanyak sembilan kematian berkaitan koronavirus turut direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 36,504.

Perak mencatatkan empat kematian, dua di Selangor dan masing-masing satu di Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, Selangor melaporkan jumlah kes terbanyak dengan 1,515, diikuti Kuala Lumpur (561) dan Negeri Sembilan (228).

Negeri dan wilayah lain yang mencatatkan kes baharu ialah Putrajaya (226), Melaka (212), Sabah (176), Perak (163), Kelantan (156), Kedah (145), Pulau Pinang (102), Pahang (82), Sarawak (80), Johor (67), Terengganu (63), Labuan (3) dan Perlis (2).

Antara kes aktif, sebanyak 33,706 orang menjalani kuarantin di rumah (95.1%) dan 1,676 di hospital (4.9%).

Terdapat 75 pesakit dalam rawatan rapi dan 47 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 9 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen