SEBANYAK 3,913 kes baharu direkodkan semalam berbanding 4,621 kes yang dicatat kelmarin, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 4,927,451 kes, menurut data KKM di laman web CovidNow.
Angka harian semalam paling tinggi di Selangor iaitu 1,731 kes, diikuti Kuala Lumpur, (739) dan Sabah (274).

Semalam juga sebanyak lima kematian akibat Covid-19 direkodkan, menjadikan jumlah kematian kini 36,487, menurut KKM.
Kedah dan Johor masing-masing lapor dua kes, sementara satu lagi kes di Selangor.
Sementara itu seramai 67 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi, dengan 26 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – 7 November, 2022.
Komen