Terperangkap 9 hari, 2 pelombong berjaya diselamatkan


Dua pelombong Korea Selatan yang terperangkap lebih sembilan hari dalam sebuah lombong zink yang runtuh, berjaya diselamatkan dalam satu operasi menyelamat. – Gambar Facebook, 5 November, 2022.

DUA pelombong Korea Selatan yang terperangkap lebih sembilan hari dalam sebuah lombong zink yang runtuh, berjaya diselamatkan dalam satu operasi menyelamat yang amat rumit.

Dua lelaki terbabit terperangkap dalam ruang melintang kira-kira 190 meter di bawah tanah selepas lombong itu runtuh pada 26 Oktober di Bonghwa, timur Korea Selatan.

Rakaman televisyen tempatan menunjukkan mereka muncul dari runtuhan lombong itu semalam, dibantu oleh anggota penyelamat.

Mangsa yang masing-masing berusia 62 dan 56 tahun itu berada dalam keadaan stabil, kata pihak berkuasa.

Untuk memanaskan badan, kedua-dua pelombong itu dipercayai membuat unggun api dan khemah daripada plastic di dalam terowong, kata mereka.

Mangsa memberitahu mereka ada membawa bekal kopi segera, dan mereka menjadikannya sebagai makanan, kata jabatan bomba.

Mereka juga minum air yang menitik ke dalam ruangan itu.

Ahli keluarga mangsa sangat gembira, berkata mereka masih tidak percaya mendengar berita baik itu.

Berita gembira itu muncul ketika Korea Selatan dalam keadaan bergabung susulan lebih 150 maut dalam rempuhan hari Halloween di Itaewon minggu lalu. – AFP, 5 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen