BEKAS pemimpin PAS, Khairuddin Aman Razali akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Nerus atas tiket Barisan Nasional (BN), menurut parti itu.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Zambry turut mengesahkan Pengerusi Umno Selangor digugurkan daripada kerusi Parlimen Tanjung Karang.
Katanya, Ketua Wanita Umno Tanjung Karang, Habibah Mohd Yusof akan bertanding di situ.
Terdahulu, BN turut mengumumkan bekas pemimpin PAS, Che Abdullah Mat Nawi bertanding atas tiket BN di Tumpat.
Ia selepas namanya digugurkan daripada senarai calon Perikatan Nasional Kelantan semalam. – 3 November, 2022.
MENYUSUL
Komen