Mahasiswa Sarawak lancar kempen balik mengundi


Desmond Davidson

Tinjauan dijalankan kumpulan pelajar Siswa Balik mendapati lebih 80% responden mahu pelajar dibenarkan mengundi secara pos. – Gambar The Malaysian Insight, 3 November, 2022.

PELAJAR universiti di Sarawak melancarkan kempen #JuhBalitNgundi bagi membantu mahasiswa yang mengalami kekangan wang untuk pulang mengundi ekoran kos yang tinggi.

Kempen yang dilancarkan kumpulan Siswa Balik dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Rise of Sarawak Efforts (ROSE) itu akan mengutip derma untuk membolehkan pelajar terbabit pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Siswa Balik berkata harga tiket bas atau van dari Kuching ke Miri ialah RM110,  manakala dari Kuching ke Limbang RM200 bagi seorang pelajar.

“Sudah tentu kosnya lebih tinggi kalau pelajar tinggal jauh di kawasan pedalaman seperti Baram,” kata kumpulan itu pada sidang media di Kuching hari ini.

Siswa Balik mensasarkan untuk mengutip RM50,000 bagi membantu pelajar yang memerlukan.

Menurutnya, tinjauan yang mereka jalankan pada 24 Oktober lalu mendapati 76.8% daripada 505 pelajar berkata mereka tidak mampu untuk pulang mengundi kerana kos perjalanan yang tinggi.

Daripada 505 reponden, 42.6% pelajar menuntut di Sarawak, 14.7% di Johor, 12.9% di Perlis dan 12.5% di Selangor. – 3 November, 2022.   

Berita penuh di sini
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen