KES Covid-19 yang disebabkan varian baharu menunjukkan peningkatan di Amerika Syarikat (AS), menurut data terbaharu Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS semalam.
Xinhua melaporkan kes jangkitan membabitkan dua varian baharu BQ.1 dan BQ.1.1 semakin melonjak.
Pada awal Oktober, setiap satu varian menyumbang kira-kira satu peratus jangkitan baharu di AS dan menunjukkan peningkatan dua kali ganda setiap minggu.
Menurut data terbaharu itu, BQ.1 membawa kepada kira-kira 14% jangkitan baharu di negara ini pada minggu berakhir 29 Oktober manakala BQ.1.1 menyumbang 13.1% jangkitan baharu.
Kedua-dua varian itu menyumbang lebih satu daripada empat jangkitan Covid-19 baharu di seluruh negara. – Bernama, 1 November, 2022.
Komen