Lebih 3,000 kes baharu Covid-19 bagi hari kedua berturut-turut


Seramai 60 pesakit berada di ICU dengan 34 memerlukan bantuan pernafasan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Oktober, 2022.

MALAYSIA mencatat lebih 3,000 kes baharu Covid-19 bagi hari kedua berturut-turut semalam, merekodkan 3,189 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang disahkan di negara ini kepada 4,896,922.

Sehari sebelumnya, Malaysia mencecah lebih 3,000 kes baharu buat kali pertama sejak pertengahan Ogos dengan 3,296 kes baharu.

Semalam, satu kematian direkodkan, menjadikan jumlah kematian kepada 36,464.

Terdapat 2,541 pemulihan, menjadikan jumlah pemulihan kepada 4,829,756.

Kini terdapat 30,702 kes aktif, yang mana 29,330 atau 95.5% sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu, 0 (0.0%) berada di pusat kuarantin manakala 1,312 (4.3%) dimasukkan ke hospital.

Seramai 60 pesakit berada di ICU dengan 34 memerlukan bantuan pernafasan. – 30 Oktober, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen