BANDAR Melbourne, Australia menjadi tempat tinggal kepada perunding logistik, Ranjit Singh, 69, seorang rakyat Malaysia, sejak 51 tahun lalu.
Perjalanan hidupnya ke Australia hampir sama dengan ramai kisah pelajar yang menamatkan pelajaran sekolah menengah pada zaman 1970-an dan kemudian menyambung pengajian ke Australia.
“Dulu di Malaysia tidak banyak universiti,” kata Ranjit yang berasal dari Ipoh.
Selepas menamatkan pengajian dalam jurusan sains pertanian, beliau menetap di Australia, dapat pekerjasaan dan kemudiannya status penduduk tetap selain berkahwin.
Bagaimanapun, beliau tidak pernah bertukar warganegara.
Berjauhan dari tanah air tidak bermakna beliau tidak mengikuti perkembangan semasa apa yang berlaku di negara asalnya.
Sebelum 1974, Ranjit berkata politik disifatkan sebagai “neutral terhadap pro kerajaan untuk menerima kaum minoriti dalam satu sistem apartheid untuk mendapatkan peluang”.
Keadaan berubah selepas kekecohan kampus pada 1974, di mana pelajar Institut Teknologi Mara (ITM) berarak ke Parlimen, dan kemudian menawan kampus Shah Alam, mendesak kerajaan menaikkan status ITM dan diiktiraf sebagai universi supaya graduan ITM akan memperoleh ijazah, bukan diploma.
Insiden itu mencetuskan aktivisme politik dalam diri Ranjit.
“Ia betul-betul membuka mata,” katanya berkenaan protes dan menawan kampus itu yang gagal apabila pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata dan skuad polis rusuhan dikerah ke sana.
Ada yang berkata insiden pada April dan Disember 1974 itu adalah titik perubahan kepada pendidikan tinggi di Malaysia dan titik hitam dalam sejarah pendidikan kerana ia membawa kepada Akta Universiti dan Kolej 1971 yang lebih ketat untuk mengekang aktivisme pelajar.

Ranjit memulakan aktivisme politiknya dengan tugas mudah iaitu meyakinkan ahli keluarga, saudara mara, rakan dan kenalan di Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi.
Ia adalah sebelum semakan undang-undang yang kemudian menjadikan pendaftaran automatik pengundi yang mencecah usia 18 tahun.
Katanya, keluarga dan saudara maranya agak besar.
“Saya ada lebih 60 sepupu,” katanya dalam satu temu bual menerusi telefon dengan The Malaysian Insight.
Ranjit juga aktif dan sering berhubung dengan rakyat Malaysia lain di Melborne, termasuk pelajar di mana beliau menjadi mentor kepada sebahagian antara mereka.
Kebimbangannya terhadap perkembangan politik di Malaysia adalah sebab utama mengapa beliau akan memastikan dapat pulang ke tanah air untuk mengundi pada setiap pilihan raya umum (PRU).
Sebelum PRU12, Ranjit berkata beliau akan pulang sesekali untuk mengundi.
“Saya balik bila saya boleh.”
Namun, sejak tiga PRU terakhir – PRU12, PRU13 dan PRU14 yang penuh bersejarah di mana Barisan Nasional akhirnya dapat digulingkan – Ranjit gigih pulang merentas perjalanan sejauh 6,400 km untuk kembali ke tanah air dan mengundi.
“Pada PRU12, saya dapat rasakan sesuatu akan berlaku,” katanya.
Bila pada PRU13, harapannya semakin hampir akan berlaku, beliau pulang sekali lagi pada PRU14. Akhirnya ia berlaku apabila Pakatan Harapan (PH) menumbangkan BN dan merampas kuasa.
“Dan anda mungkin terfikir kenapa saya melakukan perjalanan jauh yang memenatkan itu, macamlah satu undi saya itu akan mengubah sesuatu.
“Apa sangat satu undi? Apa yang satu undi boleh buat?”
Bagi Ranjit, satu undi miliknya itu sangat berharga.
Beliau berkata selain melaksanakan hak demokrasi, satu undi itu adalah tanggungjawabnya kepada keluarganya, rakan dan rakyat Malaysia.
“Saya kekal sebagai seorang peserta aktif yang menjana perkembangan ekonomi, politik dan pembangunan sosial di Malaysia. Itu sebabnya saya tidak tukar kewarganegaraan saya.” – 30 Oktober, 2022.
Berita penuh di sini.
Komen