PASUKAN keselamatan Brazil bersedia untuk melindungi pengundi serta menjamin hak rakyat untuk mengundi dalam pilihan raya presiden Ahad ini, kata Menteri Kehakiman dan Keselamatan Awam Anderson Torres pada Jumaat.
“Kami bersedia daripada sudut keselamatan awam,” Xinhua memetik Torres memberitahu sidang akhbar di ibu pejabat Polis Lebuhraya Persekutuan, sambil menambah mereka akan “memastikan orang ramai boleh menggunakan hak mereka untuk mengundi dengan bebas”.
Pasukan keselamatan juga akan memerangi jenayah pilihan raya, terutama “jenayah yang menarik perhatian” dalam pusingan pertama pengundian pada awal Oktober, seperti pembelian undi, katanya.
Kira-kira 500,000 pegawai polis akan ditugaskan termasuk tentera, awam, polis persekutuan dan polis lebuh raya, katanya.
Maklumat terkini mengenai insiden yang direkodkan di seluruh negara akan dikeluarkan setiap dua jam pada hari pilihan raya, bermula 9 pagi waktu tempatan (1200 GMT), kata Torres.
Updates on incidents registered across the country will be issued every two hours on election day, starting at 9 am local time (1200 GMT), said Torres.
Pada Ahad, lebih 156 juta rakyat Brazil akan keluar mengundi untuk memilih presiden dan naib presiden, gabenor dan timbalan gabenor di 12 negeri Brazil.
Pemilihan presiden itu menyaksikan Presiden Jair Bolsonaro (Parti Liberal) yang berhasrat untuk dipilih semula, menentang bekas presiden Luiz Inacio Lula da Silva (Parti Pekerja). – Bernama, 29 Oktober, 2022.
Komen