BN beri Pakatan lima ‘hadiah’, kini masanya tukar kerajaan


Looi Sue-Chern

BARISAN Nasional (BN) beri pembangkang lima “hadiah” dalam tempoh minggu lalu, kata Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) Lim Guan Eng.

Katanya, “hadiah” itu juga menjadi peringatan kenapa rakyat perlu mengundi untuk perubahan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Hadiah itu ialah Perdana Menteri Najib Razak tukar beras kepada kuinoa, serangan BN terhadap jutawan Robert Kuok, Switzerland menuntut RM400 juta dana dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd yang dirampas oleh beberapa bank tahun lalu, rampasan kapal layar mewah The Equanimity milik Jho Low di Bali, dan siasatan terowong dasar laut Pulau Pinang dan projek lebuh raya.

“Walaupun kerajaan persekutuan bercakap tentang 6% pertumbuhan ekonomi, rakyat berdepan kesukaran kerana GST (cukai barangan dan perkhidmatan).

“Tetapi PM kata dia makan kuinoa, yang kosnya kira RM600 untuk 10kg, berbanding beras. Itu macam makan emas, bukan beras,” kata Lim pada majlis makan malam kutipan derma PKR Pulau Pinang, semalam.

Setiausaha agung DAP itu berkata BN yang mengawal Putrajaya patut digantikan kerana parti itu menggigit tangan yang membantunya.

Beliau memetik serangan terhadap Kuok oleh pemimpin Umno, sedangkan jutawan itu pernah memberi sumbangan kepada Umno dan MCA.

Kuok juga dituduh membiayai DAP dalam cubaan untuk menggulingkan BN dan menubuhkan kerajaan Cina, kata Lim.

“Kuok tidak pernah beri duit kepada DAP, tetapi saya rasa Umno lebih tahu daripada saya.

“Ia hanya fitnah jahat. Umno cuma mahu mainkan politik perkauman, itulah penipuan kotor, rasis dan ekstremis.”

Majlis makan malam itu berjaya menjual 210 meja dan mengumpul kira-kira RM1 juta untuk dana PRU14 PKR. – 3 Mac, 2018.

Baca berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen