RAKYAT Malaysia daripada semua kaum, etnik dan kumpulan umur akan mendapat manfaat daripada Belanjawan 2023 yang dibentangkan di Parlimen pada awal Oktober kerana Putrajaya memastikan tiada sesiapa yang terpinggir, kata Ismail Sabri Yaakob.
Walaupun Parlimen dibubarkan hanya tiga hari selepas Belanjawan 2023 dibentangkan perdana menteri membidas pembangkang dengan berkata bajet itu tidak seperti janji manifesto yang diberikan oleh mereka.
Ismail mendakwa pembangkang “memperdayakan” ramai pihak supaya mempercayai manifesto mereka
Ikrar yang dibuat semasa pilihan raya umum 2018 (PRU14) mengatakan ia tidak lain hanyalah “janji kosong”.
“Belanjawan 2023 berbeza dengan manifesto pembangkang yang ternyata menipu rakyat pada PRU14 lalu.
“Pada PRU14 golongan muda paling banyak ditipu dengan manifesto janji kosong di mana pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) tidak dimansuhkan, peluang pekerjaan tidak dicipta manakala puluhan ribu anak muda dibuang kerja,” kata penyandang Ahli Parlimen Bera itu dalam catatan di Facebook.
Ismail berkata di bawah kepimpinannya beliau memastikan Belanjawan 2023 adalah menyeluruh dan tidak menyebabkan sesiapa pun terpinggir.
Beliau berkata pengecualian bayaran balik pinjaman bagi peminjam PTPTN yang berjaya ke peringkat ijazah kelas diperluaskan kepada kumpulan M40 dan T20 selain untuk kumpulan B40 sahaja.
Beliau juga berkata golongan belia yang pertama kali membeli rumah tetapi tidak memiliki slip gaji kini boleh mendapatkan jaminan daripada kerajaan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan.
“Peluang pekerjaan juga disediakan melalui program JaminKerja yang dilaksanakan kerajaan,” tambahnya.
Ismail berkata buat pertama kali dalam sejarah negara bakal ibu turut mendapat manfaat daripada Belanjawan 2023.
Di bawah Belanjawan 2023 diumumkan wanita daripada isi rumah yang menerima Bantuan Keluarga Malaysia yang bersalin pada 2023 akan layak menerima RM500 secara one-off di bawah program CahayaMata Keluarga Malaysia.
Walaupun Belanjawan 2023 tidak dibahaskan dan diluluskan berikutan pembubaran Parlimen, Ismail menjangkakan ia akan dibentangkan semula sebelum akhir tahun.
Beliau komited untuk melaksanakan inisiatif Belanjawan 2023 yang diumumkan sekiranya beliau kekal sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-15. – 21 Oktober, 2022.
Komen
Email: HACKVANISH @ GMAIL. COM
Phone No. + 1 ( 7 4 7 ) 2 9 3 -8 5 1 4
Dimuat naik 3 tahun yang lalu oleh Sonia Walcott · Ulasan