PAKATAN Harapan hanya mempunyai seorang ketua komander iaitu Anwar Ibrahim yang konsisten dalam perjuangannya untuk semua kaum, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.
Beliau berkata, DAP mengambil pendirian menyokong ketua pembangkang mereka bukan kerana beliau “Anwar” tetapi kerana beliau berprinsip dan konsisten dalam perjuangan mereka.
“Selama lebih 20 tahun beliau telah memerangi rasuah. Kami mahu reformasi bukan sahaja dalam negara, tetapi untuk seluruh kerajaan.
“Satu lagi faktor penting DAP ialah kerana Anwar konsisten memperjuangkan politik semua kaum di Malaysia,” katanya pada konvensyen Pakatan di Ipoh malam ini.
Loke berkata PH adalah gabungan yang berjuang untuk melindungi semua kaum di sini.
Beliau berkata, sebulan akan datang adalah penting jika mereka mahu merampas kembali Putrajaya.
“Jika kita mahu berjaya, saya menyeru semua ahli mulai sekarang hingga 19 November ini untuk bersatu dan mengetepikan perbezaan kita.
“Kita perlu bersatu dengan satu matlamat iaitu untuk memenangi Putrajaya. DAP juga mahu memenangi Pulau Pinang, tetapi kita mahu memenangi Putrajaya lebih banyak lagi.”
Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian untuk pilihan raya umum ke-15.
Hari penamaan calon ialah pada 5 November dan pengundian awal akan diadakan pada 15 November.
Negeri Pahang, Perlis dan Perak juga akan mengadakan pilihan raya negeri mereka pada tarikh yang sama.
Loke berkata untuk memenangi PRU15 mereka bergerak sebagai satu pasukan dan mengembalikan mandat rakyat supaya mereka boleh kembali Putrajaya semula.
“Jika pada 2018 (PRU14) kita buat, kenapa kita tak boleh buat pada November 2022. Kita menyeru semua parti dalam gabungan yang terdiri daripada PKR, Amanah dan Upko untuk berjuang memenangi satu matlamat.
“Iaitulah mengalahkan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional supaya PH menang.” – 20 Oktober, 2022.
Komen