1.4 juta golongan dewasa di Kanada alami simptom Covid-19 berpanjangan


Kira-kira 1.4 juta golongan dewasa di Kanada dilaporkan mengalami simptom Covid-19 berpanjangan. – Gambar EPA, 18 Oktober, 2022.

KIRA-KIRA 1.4 juta golongan dewasa di Kanada dilaporkan mengalami simptom Covid-19 berpanjangan, memetik Statistik Kanada pada Isnin.

Kebanyakan mereka mengalami simptom sekurang-kurangnya tiga bulan selepas dijangkiti virus berkenaan, lapor Xinhua.

Menurut agensi statistik kebangsaan itu, dari segi peratusan kaum wanita didapati lebih ramai mengalami simptom Covid-19 berpanjangan berbanding lelaki. 

Paling ramai didapati mengalami simptom keletihan diikuti batuk, sesak nafas dan brain fog. – Bernama, 18 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen