JIKA kapal layar mewah, Equanimity, yang bernilai RM1 bilion bukanlah milik ahli perniagaan Low Taek Jho, mengapa perlu dia mengeluarkan kenyataan mengenainya selepas kapal itu dirampas pihak berkuasa Indonesia, soal DAP.
Soalan itu ditimbulkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng terhadap Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak yang semalam mengatakan tidak ada bukti kapal itu dimiliki Low atau wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digunakan untuk membelinya.
“Tiada bukti yang kapal itu milik Low? Jadi mengapa dia (Low) mengeluarkan kenyataan mengkritik Jabatan Kehakiman AS (DoJ) kerana merampasnya?
“Malah kalau Low sendiri tidak menafikan kapal layar itu miliknya atau mungkin (milik) syarikatnya, mengapa menteri Umno menafikannya?” kata Lim. – 2 Mac, 2018.
Komen