Usul Badan Peguam tubuh panel tentukan kesahihan ketua hakim ditolak


Bede Hong

Raus Sharif dilantik sebagai ketua hakim negara bagi tempoh tiga tahun lagi bermula Ogos lalu selepas tempoh lanjutan enam bulannya tamat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Mac, 2018.

BADAN Peguam Malaysia kalah dalam permohonannya di Mahkamah Persekutuan untuk mendesak Hakim Besar Malaya Ahmad Maarop menubuhkan panel khas hakim bersara bagi memutuskan status sah dua hakim tertinggi negara.

Hakim Hassan Lah dalam keputusannya hari ini berkata Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai kuasa untuk memaksa langkah sedemikian dilakukan.

Katanya, Artikel 122(1)(a) memperuntukkan budi bicara kepada ketua hakim untuk memberi khidmat nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong dalam melantik hakim tambahan bagi menduduki panel itu.

“Tiada yang lain, malah mahkamah ini juga, tidak ada hak perlembagaan untuk mengarahkan budi bicara dilaksanakan atau tidak atau menentukan bagaimana budi bicara perlu dilaksanakan,” katanya ketika membacakan penghakiman.

Badan itu meminta panel sembilan hakim tambahan untuk memutuskan berkenaan keperlembagaan pelantikan Raus Sharif dan Zulkefli Ahmad Makinudin, masing-masing sebagai ketua hakim dan presiden Mahkamah Rayuan. – 2 Mac, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen